Tuesday, August 09, 2011

Innama a'maalu bin niyah


Wahai diri yang megah dengan tulisan,
Untuk apakah tari jemarimu?

Untuk siapakah kalam bisumu?

Untuk siapakah bicara sepimu?


Wahai diri yang gagah dengan karya,

Ke mana hala kiblat mu?
Ke mana pula destinasi kasihmu?
Ke mana juga maruah dan kebanggaan mu?

Saat dirimu ditanya Tuhanmu,
Untuk apakah tulisan mu?

Wahai diri yang tegak bersama bait nada cinta bersulam izzah,

Tanyalah dirimu.

Apa yang kamu cari dalam penulisanmu?

Populariti kah?
Pujian kah?

Ah! Segalanya fana!

Segalanya tidak membawa kamu kepada Tuhan,

dan segalanya membawa kamu ke makam hiruk.


Wahai diri yang mencoret dengan ihsan Ilahi,

Letakkanlah tanganmu di dada,

Hamparkan jemarimu yang laju di medan pena,

lalu tanyalah pada hatimu,
Adakah ini perjuangan kamu?


Adakah ini layaknya untuk membeli surga?


Adakah ini menjadi perisai menapis bahang siksa neraka?

Layakkah kamu?


Wahai penulis,
Bulatkan niat mu.
Kentalkan azam mu.

Tegakkan pegangan mu.

Dirimu berjuang dengan pena pedang sisipan al-hikmah.
Dirimu berlindung dengan perisai ketulusan.

Dirimu berperang dengan nafsu kehitaman.


Dan akhir,

Dirimu berjuang di bawah pemimpin yang sama,
Muhammada S.A.W


Wahai penulis,

Carilah izzah mu,

Jadilah kamu Hassan Bin Tsabit di alam baru,

Yang kerna kalamnya, musuh binasa,

Yang kerana penanya, musuh terpesona,

Juga jihad buat pemilik diri nya,

Dan layaklah untuk si hamba dikasihi Tuan yang mulia.


Reminder by fellow JS writer, Iqbal Syarie. Syukran jazilan. Moga percubaan pertama (Ikhlas, A.K by Nirrosette dan Dia Yang Kunikahi by Iqbal Syarie) ada manfaat akhirat kepada kita yang menulis dan mereka yang membaca. Ameen insya Allah.

Ps: Dan tiba-tiba tersedar, betapa beratnya tanggungjawab yang digalas. :S

6 comments:

  1. tersentak!tajdid niat hanim.syukran atas teguran.:)

    ReplyDelete
  2. Allah...segalanya kepunyaan Engkau....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pada akh Iqbal Syarie, Tuan punya kalam. Saya cuma berkongsi (: May all of us benefit from this piece. Betulkan niat kita. Insya Allah kheir (:

    ReplyDelete