Saturday, June 04, 2016

Diari Bride To Be: Emma Dahlia

Bab 2

“Kau serius nekad, weh?”
Emma panggung kepala. Pandangannya jatuh pada wajah Amar yang baru sahaja melabuh duduk di atas bangku di hadapannya. “Serius tak serius, kitaorang dah nak tunang kot.”
“Ah tu lah kau. Tak sempat aku nak bagi nasihat kau, tiba-tiba drop the bomb cakap kau nak tunang. Dah siap prepare pun, aku nak cakap apa?” Gerutu Amar tak puas hati. Memang haruslah, panas hatinya apabila tidak ada angin, tidak ada ribut tiba-tiba sahaja sahabat baiknya yang satu itu memberitahu bahawa dia akan bertunang pada hujung minggu. Takkan Amar nak suruh batalkan.
“You sure this is what you want?” Amar mengendurkan suara, menentang pandangan Emma tunak.
“I have no reason to reject him.” Jujur Emma menuturkan. Hud tampak sempurna di matanya. Lainlah kalau terang-terang Hud kaki pukul ke, berperangai tak elok. Ni sejauh ni, dia tampak okey je.
“Memanglah, kau kenal dia pun bukannya lama. First phase of bercinta memang semuanya nampak indah. Cinta tu buta, pe.”
“Aku tak berminat pun nak berkenalan lama-lama.” Tenang sahaja Emma membalas. “Contoh la, macam kau dengan aku. Kita dah kenal since like, umur dua belas tahun kot. Semua pasal kau aku tahu. Semua pasal aku kau tahu. Dah tu nanti kalau kahwin, kita nak cakap pasal apa? No more thrill, no more surprise. Boring. Faham?” Panjang berjela Emma menerangkan.
“Apa cerita ni serius betul aku tengok?” Belum sempat Amar membalas, muncul pula Hadi yang datang entah dari mana.
“Hah lambat!” Serentak Amar dan Emma menegur apabila kelibat Hadi muncul di depan mata.
Hadi tarik sengih tak bersalah. “Aku lepaskan Isyak dulu tadi sebelum keluar rumah. Korang dah oder?”
Laju sahaja Amar dan Emma menggeleng.
“Tunggu kau la budak bertuah.” Tutur Emma sambil mengangkat mata ke langit.
Memang sedari dulu lagi, dia – Amar – Hadi, ke mana sahaja pasti bertiga. Mereka bertiga dari sekolah rendah yang sama. Entah macammana Emma boleh tersesat masuk geng Amar dan Hadi pun Emma tak tahu. Mungkin sebab dulu Emma gemuk kot. Selalu dibuli rakan-rakan perempuan sekelasnya. Amar dan Hadi pula pengawas. Mereka tak sampai hati lihat Emma tersisih jadi mereka pakat temankan Emma makan sewaktu rehat. Untuk seketika mereka terpisah apabila Emma ke Politeknik Temasek mengambil jurusan Media Massa manakala Amar dan Hadi pula ke Maktab Rendah mengambil jurusan Sains. Namun bertemu semula apabila ketiga-tiga mereka dapat menyambung pengajian di universiti yang sama. Operasi makan yang dulu tergendala bersambung semula apabila mereka menyambung pengajian di institut ini. Sebabtu nama grup whatsapp mereka ni ‘Makan Trio’. Memang sajak sangat lah dengan perangai mereka yang mempraktikkan konsep ‘bertemu untuk makan dan makan untuk bertemu’.
So, bincang apa tadi?” Hadi masih lagi dengan rasa ingin tahunya. “Serius semacam je aku tengok.”
“Budak ni la. Kalau dia lelaki dah lama aku luku. Kata je bestfriend tapi nak bertunang senyap-senyap macam tikus.” Amar terhenti. Betul ke apa aku cakap tu? Tikus senyap eh? Ah lantaklah. “Whatever perumpamaan that is.”
“Ooooh.” Panjang ‘oh’ Hadi, sampai tujuh harakat. “Pasal tu.” Dia capai menu yang terdampar di atas meja. Sambil-sambil melihat apa yang hendak dipesam, sebelah tangan mengangkat tangan untuk memanggil pelayan.
“Hoi kitaorang tunggu kau, sardin-sardin je kau nak oder dulu!” Sergah Amar geram. Serius. Budak Hadi ni memang nak kena ketuk, tahu?
Hadi masih lagi dengan sengih tak bersalah. “Garlic naan satu, cheese naan satu, butter chicken masala satu dengan teh tarik satu.” Pesan Hadi setibanya pelayan berapron hijau di meja mereka untuk mengambil pesanan.
“Kau kebulur ke?” Emma membuntangkan mata mendengarkan pesanan Hadi. Tapi dalam pada itu, dia memesan sekeping cheese naan dan secawan teh tarik juga.
“Kebulur jugak.” Jujur Hadi membalas. “Ni kira first meal aku, OK? Sepanjang hari aku ada meeting.” Jangan tak tahu, Hadi memang sibuk mengalahkan presiden. Well, dia memang “presiden” pun sebenarnya.
Meeting apa, Perkampungan Bahasa?” Tanya Emma.
Hadi mengangguk. “Banyak benda kena rombak balik. One of our sponsors tarik diri. So bajet lari.”
What??” Nada Emma naik seoktaf. Terkejut. “Nobody told me yet?” Dahinya sudah berkerut selapis. Dia yang approved proposal tu tempoh hari. Kalau Hadi presiden projek Perkampungan Bahasa, Emma pula presiden kelab Persatuan Bahasa Melayu NTU (Perbayu). Perkampungan Bahasa hanya salah satu daripada acara yang dijalankan oleh kelab Perbayu. Jadi kalau ada apa-apa yang Hadi perlukan, tetap perlu beritahu Emma juga.
“Kita baru tahu tadi. Masa meeting Nadiah dapat emel. Terus brainstorm nak buat macammana.”
“Kenapa tarik diri?”
Hadi angkat bahu. “Entah. Diorang cakap, program kita tak sokong matlamat diorang.”
Pulak! “So kena buat fundraising lah ni?”
Yup. Most likely.”
“Weii – chope chope chope.” Amar yang sedari tadi mendengar perbualan antara Hadi dan Emma mengangkat tangan, mencelah perbualan. “Can we not talk about Perbayu now? Aku dekat sini nak jumpa korang, nak berbual dengan korang bukan nak dengar meeting korang.” Tuturnya bosan. Bukan pertama kali dia menjadi mangsa keadaan begini. Antara mereka bertiga, dia seorang sahaja yang langsung tak berminat nak memasuki kelab. Hadi dan Emma memang aktif – bermacam kegiatan mereka masuk. Amar pula lebih senang membantu di gerai makan milik ibu bapanya ketika masa senggang. 
“Sorry sorry.” Hadi sengih. Dia angkat sebelah tangan tanda meminta maaf. “Okay so where were you two at?”
“Fasal Em nak tunang Sabtu ni la. That’s where we’re at.” Amar jeling Emma. Masih tak puas hati.
Hadi gelak melihatkan wajah Amar yang nampak sangat tengah merajuk. Dah tua-tua pun nak merajuk! Buruk!
“Kau jadi ke nak bertunang Sabtu ni?”
Emma angguk. “Jadi. InsyaAllah.”
“Kau buat tak apa yang aku cadangkan hari tu?”
Emma angguk lagi. “Buat.”
“Jadi?”
“Pros outweigh cons.”
“Really?” Hadi angkat kening sebelah.
“Yup.” Emma angguk lagi.
Haritu bila Emma beritahu Hadi dan Amar dia hendak bertunang, Amar memang bising tahap tak hengat. NI MAMAT MANA NI NAK TUNANG DENGAN KAU TAK JUMPA KITAORANG DULU?! Tapi Hadi lain. Dia tidak melatah. Dia terus sarankan untuk Emma buat perkara ni: senaraikan pros dan cons jika dia teruskan pertunangan ini dan memilih Hud. Itu lebih rasional. Biar Emma fikirkan perkara ini beribu kali sebelum membuat keputusan. Sebagai kawan, kebahagiaan Emma yang menjadi kepentingan baginya.
“Habibi kau macammana?” Amar tanya tiba-tiba.
Emma yang baru sahaja meneguk teh tarik yang dihidangkan pelayan tadi nyaris-nyaris tersedak. Err, what?? “Habibi??????”
“Ha la. Bukan habibi tu kau punya lifetime crush ke, sebabtu kau tak pernah tengok mamat lain?”
“Gila kau??” Emma dah menghambur gelak sampai terkeluar airmata. “Kau tahu tak habibi tu zaman bila? Zaman aku politeknik kot!!!”
Emma menggeleng. Gelak lagi. Tak menyangka Amar masih ingat dulu Emma ada crush pada Habibi. Tu kisah, hampir lima tahun dulu? Habibi bukan nama sebenar Encik Crush tu pun. Nama sebenarnya ialah Syed. Syed Firman. Syed yang tak pernah menyedari kewujudannya pun. Emma seorang sahaja yang tergila-gilakan Syed aka Habibi (codename). Okey tipu. Tergila-gilakan tu melampau la. Emma setakat suka saja, tapi bila terlihat Syed keluar dengan seorang Sharifah (rasanya la Sharifah sebab nampak macam orang Arab) terus Emma patah hati. Sangka Emma, hidup ni macam fairytale. Konon dia suka Syed lepastu one fine day dia boleh terlanggar Syed depan perpustakaan, buku jatuh tergolek, Syed ambilkan dan kemudian mereka berkenalan dan akhirnya jatuh cinta. Realitinya tidak begitu. Syed pandang ke arahnya pun tidak, nak berkenalan apanya! Tapi tu cerita waktu Emma tujuh belas tahun. Sekarang dah dua puluh dua tahun. Dah lebih matang. Lebih realistik, mungkin?
“Who is this Hud guy, seriously?” Giliran Hadi pula bertanya. “Aku tak pernah dengar nama dia. Kau tak pernah cerita pasal dia. Macammana boleh nak tunang pulak?”
Honestly, aku tak pernah cerita pasal dia pasal pada aku…tak penting?”
“Tak penting tapi boleh pulak bertunang??” Tempelak Amar.
“Mana aku tahu dia suka aku!” Defensif Emma membalas. Selama ini, memang Emma saling berbalas mesej dengan Hud tapi memang tak pernah langsung terlintas dalam fikiran Emma yang Hud suka dia. Logik ke untuk Hud jatuh cinta dengan Emma walhal mereka sekali pun tak pernah keluar bersama? Setakat berbual di ‘alam maya’ saja? Ah pedulikan. Cinta ini memang kadang-kadang tak ada logika kan?
Amar menarik nafas panjang. “I am so done with you, Em.”

xoxo,
N

No comments:

Post a Comment